<>

 

<>

<<>>

Kebenaran hanya semata-mata SATU. Tidak ada dua, tidak ada tiga dan tidak ada seterusnya..

 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

(`'·.¸*Abuya At-Tamimi*¸.·'´)
     abuya
(`'·.¸*Kalendar Hijri*¸.·'´)

 

 

(`'·.¸*Kalendar Masihi*¸.·'´)

 

 

(`'·.¸*Fav. Video*¸.·'´)

 

(`'·.¸*Untaian Bicara*¸.·'´)

 


 

(`'·.¸*Button Umniyah*¸.·'´)

 

Photobucket

 

(`'·.¸* Jiran Sebelah*¸.·'´)

 

:: Husaif ::

:: Syihab ::

:: Bro Rick ::

:: Syaikh Saif ::

:: Jowo Pinter ::

:: Ibnu Hashim ::

:: Hakim Dirani ::

:: Ust Wan Yahya ::

:: Islam Terindah ::

:: Hajar ::

:: Eisraa ::

:: Azhana ::

:: Masidas ::

:: Alhambra ::

:: Ghost Mar ::

:: Suka-Suka ::

:: Assyakirah ::

:: Zulfa Hanan ::

:: Seri Sahmura :: 

:: Pejuang Islam ::

:: Aishah Radhiah ::

:: Lady Revamped ::

:: Khazinatul Asrar ::

:: Strawberry & Dandelion ::

:: Hati Sufi ::

.::Fizi Online::.

::Lobam Blogs::

 

(`'·.¸* Variasi Pautan*¸.·'´)

 

:: KPIPM ::

:: PMRAM ::

:: Karangkraf ::

:: Majalah PC ::

:: Blog Menjerit ::

:: Komuniti Ukhwah ::

Nackvision

Sifoo.Com

Shukur

Raudhah.Com

My-Muslim Islamic Greeting Cards

123 Greeting Cards

 

 

(`'·.¸*Alunan Syahdu*¸.·'´)

<



>

(`'·.¸*Best Viewed*¸.·'´)

 

~ With......

: Your Eyes :

: A computer :

: Some Imagination :

:)

&

Of Course With :

Mozilla Firefox

~ in......

screen solution 1024 x 768 

 
 

 Kemelut Kepimpinan Melayu

Photobucket

Thursday, May 22, 2008
Wahai bangsa Melayu bangsaku,

Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela. Formulanya, perjuangkan Tuhan dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.


Dipetik dari :
Ikhwan Today

posted by umniyah @ 11:34 PM   <$BlogItemControl$>

 

 Tun Dr Mahathir Tinggalkan UMNO ~

Photobucket

Monday, May 19, 2008


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.



PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.



Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Catatan : Turut bersama-sama meninggalkan Umno (Baru) pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Sanusi Junid.







umniyah : Apabila Tuhan menguji kita, maksudnya Tuhan ingin kita kembali pada-Nya tanpa bergantung selain dari-Nya. Mungkin selama ini kita merasakan manusia yang dapat memberi kebahagiaan, memberi kita ketenangan tapi kita silap! Tuhanlah sumber kebahagiaan.

Aku juga sedang dilanda ujian......Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah!!!.......




posted by umniyah @ 5:16 PM   <$BlogItemControl$>

 

 Cerita Kuda ...

Photobucket

Sunday, May 18, 2008

Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.


Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Badwi mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa
" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'



Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab

Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.
Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.
Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'baka Arab' ! Wallahhuallam.



Kuda Dalam Al-Quran

Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan ( bukan perjudian).



Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati di dalam Islam. Malah di dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.


Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda.
Nabi Sulaiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah perintis dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama 'Sabaha' dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.



Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullah saw :

"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur putih dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )








posted by umniyah @ 9:13 AM   <$BlogItemControl$>

 

 Kita Ketandusan Pemimpin Berwibawa....

Photobucket

Pemimpin yang berwibawa menjadi simbol perpaduan. Dia dapat mengikat hati-hati rakyatnya. Ibarat magnet yang menarik besi dan melekat kukuh padanya. Bila hati sudah diikat, akan wujudlah kesepaduan, kesepakatan dan suasana aman damai. Sebaliknya bila pemimpin bukan pemimpin berwibawa, rakyat akan berpecah belah, hasilnya NEGARA KACAU BILAU. Salah menyalah antara satu sama lain menjadi budaya.

Inilah situasi dunia masa kini yang tiada siapa dapat menyangkalnya. Namun kita yakin, rakyat di malaysia khususnya, tentu tidak mahu lagi kacau bilau, pergaduhan dan permusuhan berlaku. Rakyat benar-benar harapkan pemimpin yang berwibawa dan boleh dijadikan sumber rujukan yang tepat untuk membaiki kerosakan dan mencetus keamanan.


Pemimpin yang berwibawa ini, tentunya mempunyai iman yang kuat, tinggi taqwanya (bersih hati dari segala sifat yang tidak baik antaranya pemarah, hina menghina, kata-mengata, keji-mengeji dan segala macam sifat mazmumah yang lain) serta pemimpin yang berwibawa ini ialah seorang yang mulia akhlaknya. Dia juga seorang yang dibantu dengan karisma yang menarik bukan sahaja orang Islam suka padanya, malah yang bukan Islam juga aman dan tenteram di bawah kepimpinannya. Pemimpin yang berwibawa meletakkan Rasulullah SAW sebagai sandaran dan ikutan dalam segala aspek kehidupan dan dalam segala hal.Namun, apa yang dihadapkan kepada umum ketika ini, amat mengecewakan hati rakyat. Rakyat seolah-olah sedang melihat drama dan lakonan yang dilakonkan di atas pentas dunia. Pemimpin-pemimpin kita bermusuhan, tegang, panas dan berkrisis. Sedangkan rakyat sudah amat merindui suasana aman, tenteram dan harmoni.


Jika diimbau sejarah pemerintahan Saidina Umar Ibnu Al-Khattab r.a, sangat takut dan cemas ketika menjadi pemimpin, bukan takut tidak dapat meraih pengikut yang ramai, bukan juga takut hilang kepercayaan rakyat, tidak juga takut kehilangan wang ringgi tetapi beliau takut dan cemas dengan kedatangan hari pembalasan, hari seluruh manusia akan menemui Tuhan yang Maha Esa yang empunya segalanya sehingga beliau tidak membenarkan perlantikan anaknya Abdullah sebagai Khalifah. "cukuplah aku seorang sahaja daripada keluarga Umar yang menghadap Tuhan kerana memikul amanah kepimpinan."
Ertinya, seorang pemimpin itu, daripada persoalan dirinya, keluarganya, hinggalah kepada setiap persoalan umat akan ditanya oleh Allah SWT sebelum belengu dibuka.
Marilah sama-sama kita renungi sedalam-dalamnya. Di manakah pemimpin yang mengajaka kita mengenal Tuhan? Dimanakah pemimpin yang mengajak kita mencintai akhirat lebih dari kita mencintai dunia? Di manakah pemimpin yang dapat membawa kemajuan materialnya selari dengan kemajuan insaniah? Di manakah pemimpin yang mengajak kita rasa berTuhan dan kehambaan dalam diri kita? Di mana? Di mana?....




~ Suara Hati Seorang Rakyat Yang Mendambakan Keamanan~




Labels:

posted by umniyah @ 7:32 AM   <$BlogItemControl$>

 

 Bencana...demi bencana...

Photobucket

Korban Taufan Nargis meningkat 78,000

Korban Taufan Nargis meningkat dua kali ganda kepada hampir 78,000 orang, tatkala pekerja bantuan terus bergelut dengan kerenah junta tentera yang enggan bekerjasama. Pada masa yang sama hujan lebat di kawasan yang dibadai taufan dua minggu lalu menambahkan lagi kesukaran kerja-kerja menyelamat.




Gempa Bumi Mengganas di China

MASYARAKAT dunia masih panas membicarakan malapetaka taufan Nargis di Myanmar, gempa bumi pula menimpa China. Dalam kejadian yang berlaku barat daya China sekurang-kurang 10,000 penduduk terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.8 pada Skala Richter itu.





Rentetan gelodak reaksi bumi……..
Apakah ini tangisan dunia yang kian tua? Apakah ini bahasa bumi yang tidak pandai berkata-kata? Lalu peristiwa menjadi perantara?...

Bencana demi bencana. Gegaran, gempa, terkejut digegar bumi seketika. Lalu bertempiaran manusia. Tercari-cari perlindungan entah di mana…

Taufan yang tak disangka….Meredah, memusnah apa sahaja yang ada didepan tanpa mengenal siapa. Ibarat penyapu yang menyapu bersih sampah sarap di atas lantai. Ranap, musnah, hancur dan hilang dalam sekelip mata, meramas hati manusia.

Bumi bagaikan memberontak. Tidak tahan memendap, kekusutan dan kekotoran daki dunia. Sedangkan bumi milik Tuhan….Bencana memaksa manusia tercari-cari. Apa tersirat dari segala peristiwa?

Inilah sebenarnya, laluan taubat bagi insab yang mencari kebenaran dan kedamaian. Namun, ia juga azab bagi para penderhaka! Bala bagi mereka yang terus menempah kederhakaan demi kederhakaan.

Suara alam tidak bernada, tapi bertindak. Manusia bukan pencaturnya tapi manusia adalah penyebab. Percaturnya Maha Bijak, Halus lagi Tepat Sasaran. Walau lahirnya bagai redahan tapi hakikatnya tidak! Itulah ubat bagi keserabutan. Ubat bagi kehancuran jiwa. Dan…jalan pulang bagi manusia yang tersesat arah….

Mungkinkah ini sahutan dosa insan-insan teraniaya? Inilah pembersihan. Inilah panggilan Tuhan…Inilah didikan dan tamparan Kasih-Nya!






Labels:

posted by umniyah @ 6:51 AM   <$BlogItemControl$>

 

 Pil Pahit Untuk Kesihatan Iman

Photobucket

Friday, May 16, 2008



'Apa Ilmu Kamu Pakai ? '


KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.




Poligami bagi seorang wanita, ibarat hempedu. Tidak ada seorang wanita pun di dunia ini suka untuk dipoligamikan, kerana itu ia dimomok-momokkan, dijadikan bahan perli, sehingga syariat Allah ini terbiar dan terpinggir, tidak digembar-gemburkan sepertimana syariat-syariat Allah yang lain. Ia dijadikan isu yang sangat sensitif bagi seorang wanita, maka kaum lelaki turut meminggirkan syariat Allah itu, dengan alasan menjaga hati kaum wanita, walau bagaimanapun sunnatullah tetap berlaku.


Biarpun poligami itu dipandang negatif, tetapi itu tidak menghalang sama sekali bagi kaum lelaki untuk berpoligami. Kita dihadapkan dengan pelbagai persoalan mengenai poligami. Majoriti menentangnya. Sedikit sangat menerimanya. Atas apa jua alasannya, ia adalah ketentuan Tuhan. Ia adalah syariat Allah. Apabila Allah sendiri mensyariatkannya untuk kita, tentulah ada sebabnya. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja.


Keindahan poligami sebenarnya hanya mungkin terasa bagi orang-orang yang beriman dan yang memperjuangkan iman.





umniyah : Semoga berbahagia dunia dan akhirat buat adik umniyah yang akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi dan dipermudahkan segala urusan.






Labels: ,

posted by umniyah @ 3:23 PM   <$BlogItemControl$>

 

 Selamat Hari Ibu

Photobucket

Saturday, May 10, 2008








posted by umniyah @ 10:22 PM   <$BlogItemControl$>

(`'·.¸*Serpihan Diri*¸.·'´)
 

Assalamualaikum!!

   umniyah

   30 Oktober 1983

  Ipoh Special'ist

:: mail to umniyah ::

(`'·.¸*Renungan Mata*¸.·'´)
(`'·.¸* Nota Semalam*¸.·'´)
(`'·.¸* Al-Furqan*¸.·'´)

 

:: Tafsir Al-Quran ::

:: Download Al-Quran ::

 

(`'·.¸*Global Ikhwan*¸.·'´)
 

 

Official

 Ikhwan Today

 Rumah Siraman Kasih

 Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

 iEvent

 

:: YKPPM ::

:: GISB in France ::

:: Pusat Motivasi Insaniah ::

 

 

Ikhwan Bloggers

menongkah arus

:: Muntazirah's youTube ::

:: Admin Juga Manusia ::

 :: Samson Tamimi ::

:: Chinese Muslim ::

:: About Miracle ::

:: Muny ::

 :: Syuk ::  

:: Whasid ::

:: Heliconia ::

:: Eastern Earth ::

:: Kebenaran 313 ::

:: Ya Muhammadiah ::

:: Ikhone Resources ::

:: Kuliyyah in English ::

 :: Malaysia Bumi Barokah ::

 

 

Buku Online

:: Taqwa ::

:: Tsunami ::

:: Kawan Sejati ::

:: Sajak Tasawuf ::

:: Hidup Bertuhan ::

:: Sajak Perjuangan ::

:: Pemimpin Paling Ajaib ::

:: Sayangi Keluarga Anda ::

:: Siapa Mujaddid Kurun Ini? ::

:: The Most Miraculous  Leader ::

:: Kumpulan Sajak Tauhid & Tasawuf ::

:: Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia ::

:: Membangun Sains & Teknologi Menurut Islam ::

 

 

Photo Flikr

:: Umniyah ::

:: Muntazirah ::

:: Rufaqa Ajaib ::

:: Remaja Harapan ::

 

Others

:: Harmony Tailor ::

 

(`'·.¸*Warta Maya*¸.·'´)
 Berita Harian

 Utusan Online

 Harian Metro

 Harakah Daily

 Malaysia Kini

Al-Jazeera

 New Straits Times Online

 The Star Online

(`'·.¸* Geocounter*¸.·'´)
< >
(`'·.¸*Jejak Tamu*¸.·'´)

<>

<

hit counter
>

< >

:: Since February 2008 ::

<>

(`'·.¸*Penghargaan*¸.·'´)

 

Add to Technorati Favorites